PENDAFTARAN DAN PELESENAN
|
|
Menguruskan pendaftaran pengusaha kenaf dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pendaftaran; dan Memastikan kelulusan permohonan Permit Import Tembakau dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
INSENTIF DAN PENGEMBANGAN
|
|
Menguruskan penyaluran bantuan insentif tanaman kenaf kepada pengusaha kenaf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan; dan Mengadakan program khidmat nasihat atau pengembangan untuk satu kawasan kumpulan sasar sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. |
PERKHIDMATAN MEKANISASI LADANG
|
|
Menguruskan tempahan perkhidmatan mekanisasi ladang dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan permohonan; Tindakan pembaikian kerosakan jentera dan mesin dilakukan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan laporan kerosakan; dan Tuntutan bayaran perkhidmatan mekanisasi ladang dimajukan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari dari tarikh akhir perkhidmatan. |
PEMASARAN, PROMOSI DAN PENGLIBATAN (ENGAGEMENT)
|
|
Menguruskan tuntutan bayaran hasil kenaf kepada pengusaha kenaf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap di Bahagian Pemasaran; Memproses permohonan pembelian kenaf daripada pengilang kenaf atau individu dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan; dan Mengadakan satu sesi penglibatan (engagement) bersama industri sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. |
PENGURUSAN PEROLEHAN
|
|
Perolehan secara pembelian terus diurus dalam tempoh 14 hari bekerja; Perolehan secara sebutharga diurus dalam tempoh 45 hari bekerja; dan Perolehan secara tender diurus dalam tempoh 70 hari bekerja. |
PEMBAYARAN BIL
|
|
Memastikan pembayaran tuntutan bil dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap dengan dokumen sokongan berkaitan. |
PENERBITAN HELAIAN FAKTA DAN BUKU PERANGKAAN
|
|
Menerbitkan Helaian Fakta sebelum 15 haribulan setiap bulan; dan Menerbitkan Buku Perangkaan pada bulan Mei setiap tahun. |
PORTAL RASMI LKTN
|
|
Mengemaskini dan memuat naik maklumat dan aktiviti terkini ke portal rasmi dalam tempoh 2 hari bekerja. |
PERTANYAAN, ADUAN DAN CADANGAN PELANGGAN
|
|
Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja; Menyediakan maklum balas awal dalam tempoh 5 hari bekerja; dan Penyelesaian dalam tempoh 14 hari bekerja. |