Tuesday 16 July 2019

Language Options:

alternate textalternate textalternate textalternate text
    FAQ | Contact Us | Feedback | Sitemap

Skim Kenaf untuk Rakyat (KUR) merupakan satu inisiatif LKTN untuk meningkatkan tahap ekonomi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kepada RM5,270 sebulan.

Program perintis Skim KUR mula diperkenalkan pada tahun 2016 melibatkan pengusaha dan syarikat kenaf. Susulan itu, LKTN telah melaksanakan program pembangunan usahawan pemprosesan kenaf bio retting yang hanya menjalankan aktiviti pemprosesan kenaf sahaja dan tidak terlibat dalam penanaman kenaf. Program ini dikenali sebagai Skim Kenaf Untuk Rakyat (KUR) Perdana iaitu pemprosesan kenaf secara bio retting dengan pengeluaran 1 tan fiber sebulan oleh 1 keluarga dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,000 - RM4,000 sebulan.

Pada tahun 2017, 9 usahawan KUR Perdana perintis diwujudkan dengan pengeluaran berskala 250kg - 800kg fiber bersih sebulan. Pendapatan purata adalah sebanyak RM1,000 – RM3,200

Senarai usahawan mengikut negeri :

Negeri

Bilangan Usahawan Perintis (orang)

Kelantan

3

Pahang

3

Perlis

3

Jumlah

9

Objektif KUR Perdana

  • Memastikan fiber kenaf yang dihasilkan bermutu tinggi dan diiktiraf sebagai gred premium bagi mendapatkan harga jualan yang lebih baik berbanding fiber yang dihasilkan melalui pemprosesan (mekanikal) menggunakan mesin atau jentera;
  • Menarik minat kumpulan sasar LKTN untuk turut serta dalam pembangunan industri kenaf;
  • Mewujudkan rantaian nilai dan ruang peningkatan pendapatan kumpulan sasar dalam industri kenaf berasaskan kepada aktiviti pemprosesan batang kenaf;
  • Meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat setempat melalui pengwujudan peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi lain hasil pelaksanaan program ini

 

Klik untuk butiran selanjutnya:-

 

Rajah dan Gambar

 

Brosur KUR Perdana - Carta Alir Pengeluaran Fiber Premium