Rabu 28 Oktober 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

KURSUS PENGENALAN KEUSAHAWANAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI
(IBS) NEGERI TERENGGANU

12 September 2020 I Kuala Terengganu:

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Keusahawanan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Negeri Terengganu pada 12 September 2020.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan tentang penggunaan sistem IBS dari bahan berasaskan kenaf dalam industri pembinaan kepada kontraktor serta usahawan pembinaan di negeri Terengganu.

Kursus ini juga adalah untuk mendedahkan mengenai inovasi penggunaan produk dari kenaf di kalangan pemain industri pembinaan yang boleh membantu merancakkan pembangunan industri pembuatan dan pembinaan berteknologi tinggi.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari kontraktor, usahawan serta wakil agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor pembinaan menghadiri kursus ini.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.