Rabu 28 Oktober 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

LAWATAN KERJA YB PENGERUSI LKTN KE LKTN PAHANG

3 SEPTEMBER 2020 I ROMPIN: Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Yang Berhormat Dr. Azman Ibrahim telah melakukan lawatan turun padang mendekati kumpulan sasar industri kenaf di sekitar negeri Pahang.

Lawatan turun padang ini dimulai di kawasan tanaman kenaf Kg. Permatang Durian, Merchong, Pekan Pahang di mana aktiviti penuaian kenaf sedang dijalankan. YB Dr. Azman juga turut beramah mesra dengan penduduk setempat.

YB Pengerusi juga turut melawat dan diberi taklimat pembangunan tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) di Merchong yang terlibat dengan pembangunan ladang kluster serta pusat pemprosesan fiber Bio Retting kenaf.

Di Pusat Industri Kenaf Tebu Hitam Rompin pula YB Pengerusi turut melawat mesin pemprosesan fiber kenaf serta mesin pemprosesan pulpa dan kertas kenaf.