Rabu 28 Oktober 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

11 SEPTEMBER 2020 I PERLIS;

Majlis penyampaian bantuan Prihatin Kenaf peringkat negeri Perlis telah dilangsungkan pada hari ini dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM 76,200 melibatkan 88 penanam.

Majlis yang diadakan di pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Perlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nurulhisham bin Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Perlis.

Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah memperuntukkan sebanyak RM 968,680 sebagai bantuan Prihatin Kenaf 2020 khusus kepada penanam - penanam kenaf di negara ini yang terkesan akibat pandemik Covid -19.

Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) ini diberikan dalam bentuk input pertanian pada kadar RM500 bagi setiap hektar tanaman.

Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat termasuk penanam kenaf atas musibah pendemik covid - 19 yang melanda sekarang serta perintah kawalan pergerakan yang mengekang aktiviti ekonomi mereka.