Rabu 28 Oktober 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

12 September 2020 I Kuala Terengganu :

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENGENALAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) KENAF

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) YB Dr. Azman Ibrahim hari ini telah menyempurnakan majlis penutup serta penyampaian sijil penyertaan kursus Pengenalan IBS Kenaf yang diadakan di Kuala Terengganu.

Kursus sehari ini bertujuan mendedahkan bahan binaan berteknologi tinggi yang dihasilkan daripada kenaf kepada pemain industri pembinaan di negeri Terengganu.

Seramai 50 peserta mengikuti kursus ini yang mendapat pendedahan tentang Inovasi Teknologi IBS menggunakan Biokomposit Kenaf yang dibentangkan oleh Syarikat Tasblock (M) Sdn. Bhd serta Pembangunan Aplikasi Produk Kenaf IBS oleh Kenaf Tech Master Resources.