Jumaat 24 Januari 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

Yang Berhormat Menteri Industri Utama Puan Teresa Kok merasmikan Pusat Industri Kenaf, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Tebu Hitam Rompin Pahang pada 3 Disember 2019.Pusat Industri Kenaf ini merupakan kilang perintis yang dibangunkan oleh LKTN bagi mengeluarkan produk berasaskan fiber dan core kenaf. Kilang ini dilengkapi dengan Mesin Pemprosesan Berkapasiti Tinggi untuk menghasilkan produk fiber bersih dan juga dilengkapi dengan Mesin Pemprosesan Pulpa dan Kertas untuk menghasilkan produk brown paper.

Menteri Industri Utama Puan Teresa Kok menyampaikan bayaran hasil kenaf bagi tahun 2019 kepada penanam kenaf Negeri Pahang yang berjumlah  RM1. 63 juta.Jumlah ini melibatkan pengeluaran hasil kenaf sebanyak 3,200 tan dengan bilangan penanam seramai 440 orang.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara juga telah mengadakan pertukaran Dokumen Persefahaman (MoU) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk kerjasama dalam projek PemetaanTanaman kenaf secara Geographic Information System (GIS) dan Remote Sensing.

Kerjasama ini akan dapat membantu LKTN dalam aspek Pemantauan Tanaman secara lebih cekap dan sistemetik meliputi pematuhan GAP, analisis data serta pelaporan.LKTN diwakili oleh Ketua Pengarah nya, En. Samsuddin Haji Nor mana kala Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) diwakili oleh Ketua Pengarahnya Tuan Haji Azlikamil bin Napiah.Pertukaran dokumen ini disaksikan oleh YB Menteri Industri Utama Puan Teresa Kok.