Rabu 28 Oktober 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

22 Jun 2020 | Angkasapuri RTM

YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini menjadi panel jemputan bagi rancangan Bicara Naratif terbitan RTM. Bicara Naratif kali ini mengangkat topik PENJANA: Hala Tuju Agrikomoditi Negara.

Sektor Agrikomoditi menjadi antara sektor yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan terutamanya kepada pekebun kecil. Sektor Agrikomoditi turut diberikan penekanan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan pada awal bulan ini. Melalui PENJANA, sektor Agrikomoditi dilihat dapat kembali kepada hala tuju seperti sebelum ini serta memberikan impak lebih positi kepada semua pihak.