Ahad 22 September 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Selamat melayari laman web rasmi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kementerian Industri Utama.

Laman web ini merupakan salah satu saluran untuk memberi maklumat mengenai perancangan, pendekatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh LKTN kepada semua masyarakat.  Dengan adanya laman web rasmi ini, orang ramai dapat berhubung dan  mengenali LKTN dengan lebih dekat.

Antara perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di LKTN seperti insentif penanaman, pendaftaran penanam, Institut Latihan Kenaf dan Tembakau (ILKT), Galeri Inovasi Kenaf (GIK), Kenafmall dan lain-lain perkhidmatan yang dapat memberikan informasi yang lebih jelas melalui laman web ini.

Warga kerja LKTN sentiasa bersedia dengan perkembangan teknologi dan media sosial yang begitu pesat dalam menyampaikan maklumat dengan tepat dan cepat. Selain itu, dapat menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Laman web ini juga turut menyediakan pautan ke laman web agensi-agensi utama Kerajaan yang berkaitan dan media sosial rasmi LKTN.

Budaya kerja warga LKTN yang sentiasa berinovasi akan membolehkan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelanggan kami. Seterusnya ini memberi satu wadah kepada mereka untuk menilai serta memberikan maklum balas secara terus terhadap prestasi penyampaian perkhidmatan LKTN.

Insya Allah, dengan komitmen dan kerjasama semua warga kerja LKTN, saya yakin LKTN mampu mengharungi cabaran semasa dalam menyebar luaskan “Industri Kenaf” kepada masyarakat tidak kira bandar dan luar bandar. Melalui platform ini juga,saya berharap imej serta persepsi masyarakat awam kepada LKTN akan lebih positif di masa-masa akan datang. 

Saya berharap para pengunjung akan selalu melayari laman web rasmi LKTN ini untuk mendapatkan informasi yang terkini. Pandangan dan cadangan yang konstruktif adalah amat dialu-alukan bagi memantapkan LKTN. Semoga semua pengunjung memanfaatkan sepenuhnya laman web ini.

Sekian, salam interaktif daripada warga LKTN.

Terima kasih,

SAMSUDIN BIN HAJI NOOR

Ketua Pengarah

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara