- Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara melaksanakan Penanam Tembakau bagi menjalankan fungsi di bawah peruntukkan Seksyen 4(d) – (r) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 iaitu mendaftarkan semua aktiviti yang berhubung dengan penanam tembakau.
- Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi Borang LKTN/BDP dan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan semasa pendaftaran iaitu:-
a. Salinan Kad Pengenalan,
b. Maklumat nama dan no kod pengenalan suami/isteri/pembantu
c. Salinan Geran Tanah/perjanjian sewa atau pajakan
d. Keluasan tanaman
e. Maklumat kawasan tanaman dan keluasan yang lengkap
- Pengguna juga boleh memuat turun borang pendaftaran dan mengemukakan borang tersebut berserta dokumen sokongan dan seterusnya mengemukakannya ke:
Ibu Pejabat lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
16150 Kota Bharu kelantan
(u.p: Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan)