AKTA LKTN
Soalan 1 : Apakah Akta LKTN?
Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692]
Soalan 2 : Apakah Perundangan Subsidiari di bawah akta?
i. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau)
ii.Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf Peraturan-peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Gred dan Harga Minimum) (Tembakau Diawet)
Soalan 3 : Apakah objektif LKTN di bawah akta?
Objektif Lembaga adalah:
i. Untuk menggalakkan dan membangunkan industri kenaf;
ii. Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;
iii. Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau; dan
iv. Untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi mereka yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau.
Soalan 4 : Apakah fungsi LKTN?
i. Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju industri kenaf
ii. Untuk melaksanakan dasar dan mengawal selia industri tembakau;
(Sila rujuk Seksyen 4 Akta bagi fungsi yang lebih terperinci)