Rabu 18 September 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

 

KENAF

 

Soalan 1 : Apa itu tanaman Kenaf?

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan di China, Myanmar, dan Indonesia.

 

 Soalan 2 : Bagaimanakah tanaman kenaf diperkenalkan di Malaysia?

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kenaf di Malaysia yang telah bermula pada tahun 2000 oleh MARDI, LGM, MPOB dan UPM.

Penanaman kenaf mula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai tanaman pengenalan (familiarisation crop). Verifikasi tanaman telah dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu di atas tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) yang sebelum ini diusahakan dengan tanaman tembakau. Tanaman kenaf dikembangkan ke seluruh Malaysia pada tahun 2010.

 

Soalan 3 : Di manakah tanaman kenaf diusahakan?

Tanaman kenaf bagi pengeluaran serat (fiber) dan empulur (core) mula diusahakan secara besar-besaran di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

 Manakala tanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih dilaksanakan di negeri Kedah dan Perlis.

 

Soalan 4 : Apakah syarat-syarat minimum bagi penanaman kenaf?

i. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;

ii.Ada atau dapat menyediakan kawasan tanaman dan berdaftar dengan LKTN

 

Soalan 5 : Bagaimana keadaan tanah yang sesuai untuk tanaman kenaf?

Permukaan tanah yang rata dan tahap pH tanah yang optimum adalah 5.5 hingga 6.5.