• Ikut Kami: social media social media social media social media social media Pilihan Warna: yellow blue red default Pilihan Bahasa: bahasa english Lain-lain Saiz Teks:
    A+ A A-
  • Slide
    ARKIB LKTN
 
 

rd

Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kenaf Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bertujuan untuk merangsang penyelidikan dan pembangunan serta pertumbuhan inovasi dalam pembangunan industri kenaf di Malaysia. Dana ini menyediakan pembiayaan untuk kajian di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran yang selari dengan keperluan industri serta dapat menyediakan penyelesaian dalam rantaian nilai industri kenaf.

Permohonan adalah dipelawa daripada penyelidik yang berminat dan berkelayakan untuk menjalankan kajian berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. 

KRITERIA ASAS

Keutamaan pembiayaan akan diberi kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Merupakan penyelidik daripada Institusi Pengajian Tinggi, Institut Penyelidikan, Agensi Kerajaan atau Syarikat Swasta.
  • Mempunyai rekod kejayaan (good track record) penyelidikan yang telah dilaksanakan.
  • Hasil kajian dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang terdapat dalam rantaian nilai industri kenaf.
  • Hasil kajian dapat dikomersilkan.

 

BIDANG KEUTAMAAN

Bidang penyelidikan yang dipohon perlu meliputi bidang-bidang asas berimpak tinggi yang dapat menyokong agenda pembangunan industri kenaf seperti berikut:

  • Pengeluaran Tanaman (pembiakbakaan dan pengeluaran varieti berhasil tinggi).
  • Amalan Agronomi (pengurusan penyakit dan perosak, pembajaan).
  • Mekanisasi (penanaman, penuaian dan pemprosesan)
  • Pembangunan Produk (produk bernilai tinggi).

 

SKOP PEMBIAYAAN

Pembiayaan yang dibenarkan merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Pilot plan / prototaip - peralatan dan infrastruktur berkaitan dengan pilot plan;
  • Ujian pemasaran / taksiran dan / atau penilaian;
  • Mematuhi peraturan dan standard;
  • Perbelanjaan perkhidmatan (penasihat/ ujian);
  • Kos bahan mentah / pakai buang;
  • Kos perjalanan;
  • Elaun pegawai penyelidik dan ahli kumpulan dan
  • Pemerolehan teknologi / IP (jika berkenaan).

Pembiayaan yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Pembelian atau penyewaan aset modal seperti bangunan, kenderaan dan perabot;
  • Pembinaan infrastruktur yang tidak berkaitan secara langsung dengan pilot plan;
  • Utiliti;
  • Gaji pegawai penyelidik dan ahli kumpulan dan
  • Cagaran atau pinjaman bagi apa-apa tujuan.

 

TEMPOH PROJEK

Jangka masa bagi menyiapkan projek adalah antara 12 hingga 24 bulan termasuk penyediaan laporan akhir projek.

 

KUANTUM PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan bagi setiap projek adalah tidak melebihi RM500,000.00 dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) LKTN. Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan dengan justifikasi yang munasabah. Jawatankuasa R&D LKTN berhak menentukan jumlah sebenar yang akan diperakukan.

 

PROSES PERMOHONAN

Permohonan untuk menjalankan penyelidikan kenaf hendaklah dikemukakan sebanyak dua salinan (hardcopy dan softcopy) kepada Urusetia Jawatankuasa R&D LKTN melalui borang yang disediakan.

 

DANA R&D KENAF LKTN

Borang Permohonan Projek R&D Kenaf LKTN (Untuk Format PDF) / (Untuk Format .doc)

 

MAKLUMAT LANJUT

Urusetia Dana R&D Kenaf LKTN
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Kubang Kerian 16150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
Tel : 09-766 8095 / 09-766 8091
Fax : 09-766 8097
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Penafian    Dasar Keselamatan    Dasar Privasi    Bantuan Pengguna    Soalan Lazim    Log Masuk
Hakcipta Terpelihara © 2014 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: +609-766 8000 | Faksimili: +609-766 8071 | Emel: admin[@]lktn.gov.my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
Tarikh Kemaskini:
26/03/2017