• Ikut Kami: social media social media social media social media social media Pilihan Warna: yellow blue red default Pilihan Bahasa: bahasa english Lain-lain Saiz Teks:
    A+ A A-
  • Slide
    PROFIL LKTN
 
 

 

PERUTUSAN KETUA PENGARAH LKTN TAHUN 2018

 

Selamat Tahun Baharu 2018. Semoga dengan kedatangan tahun baharu ini, kita dapat terus memacu peningkatan dalam pembangunan industri kenaf secara keseluruhannya. Saya juga berharap kita dapat memulakan tahun baharu ini dengan lembaran baharu serta semangat yang lebih jitu.

Tahun 2017 merupakan tahun keberhasilan kepada industri kenaf. Pelbagai program utama yang melonjakkan industri kenaf telah berjaya dilancarkan. Antara program yang memberi impak besar seperti pembukaan Dataran Kenaf di Kubang Kerian Kelantan, pelaksanaan Integrated Kenaf Industrial Park (IKIP) di Batu Bertangkup Perlis serta usahasama operasi Pusat Pemprosesan Kenaf In-situ (PPKI) di Tok Bali Kelantan.

Dataran Kenaf merupakan medan untuk mempromosikan produk kenaf secara berterusan selain merakyatkan kenaf kepada masyarakat setempat melalui perkongsian medan bersama usahawan kecil yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman.

1KIP pula merupakan model pembangunan kenaf yang meliputi keseluruhan rantaian nilai industri kenaf bermula dari penanaman benih sehingga kepada pemasaran produk dengan konsep “Seed to market” yang melibatkan pekebun kecil dan usahawan PKS dengan pelaburan kerajaan dan swasta hampir RM 3.0 juta. Manakala PPKI merupakan kerjasama strategik antara LKTN dengan pihak swasta yang mewujudkan ekosistem industri kenaf yang lebih lengkap, berdaya maju, menyediakan peluang penanaman kenaf yang lebih luas kepada pekebun kecil dan pengusaha berskala besar serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. 

Selain itu tahun 2017 juga memperlihatkan keberhasilan dalam aspek penembusan pasaran kenaf diperingkat global di mana fiber kenaf serta produk kenaf seperti tilam telah berjaya menembusi pasaran eksport.

Saya juga teruja dengan perkembangan menarik melalui penemuan lebih banyak produk pengguna yang bersifat mesra alam berasaskan kenaf melalui R&D yang dijalankan. Ini membuktikan bahawa kenaf adalah tanaman pelbagai guna yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan satu perkembangan baik dalam usaha kita menjadikan kenaf sebagai sebahagian dari penyumbang kepada pembangunan komoditi negara menjelang 2020.

Sehubungan itu saya berharap pada tahun 2018 ini kita terus melaksanakan pelan pembangunan kenaf secara lebih komprehensif selaras dengan perkembangan menarik yang akan berlaku dalam industri komoditi negara sebagaimana yang umumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini.

 

 SAMSUDIN HAJI NOOR

 KETUA PENGARAH

 LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA, MALAYSIA

 

Penafian    Dasar Keselamatan    Dasar Privasi    Bantuan Pengguna    Soalan Lazim    Log Masuk
Hakcipta Terpelihara © 2014 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: +609-766 8000 | Faksimili: +609-766 8071 | Emel: admin[@]lktn.gov.my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
Tarikh Kemaskini:
19/10/2018