• Ikut Kami: social media social media social media social media social media Pilihan Warna: yellow blue red default Pilihan Bahasa: bahasa english Lain-lain Saiz Teks:
    A+ A A-
  • Slide
    INFORMASI MENGENAI TEMBAKAU
 
 

Penggunaan tembakau pada asalnya dimulakan oleh Orang Asli Amerika dengan menghisap paip lama sebelum Christopher Columbus belayar ke Dunia Baru pada tahun 1492.Columbus membawa pulang biji benih tembakau ke Eropah dan ditanam oleh peladang untuk dijadikan ubat menenangkan fikiran.

Tembakau dibawa ke Malaysia oleh pedagang dan penjajah Eropah sejak abad ke-19.Namun begitu,penanaman awalnya berjaya ditanam di Sabah pada tahun 1883 . Kawasan utama penanamannya ialah di Lembah Sungai Sagama, Lahat Datu, Sabah. Pada ketika itu, ianya menarik perhatian lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport ke paras RM2 juta pada tahun 1902.

Manakala industri tembakau jenis virginia pula bermula di Semenanjung Malaysia setelah percubaan penanamannya didapati sesuai pada tahun 1931 di Ladang Penyelidikan Kerajaan, Serdang, Selangor dan dilaksanakan penanaman percubaan di Kg. Tanjung Pagar, Ketereh, Kelantan.

Namun perkembangan industri ini agak perlahan disebabkan Perang Dunia Kedua. Selepas Perang dunia Kedua, khususnya pada tahun 1959, usaha untuk meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh sehinggalah satu tanaman baru iaitu Kenaf sebagai tanaman alternatif kepada Tembakau pada tahun 2004 oleh LKTN.

tembakau

Penafian    Dasar Keselamatan    Dasar Privasi    Bantuan Pengguna    Soalan Lazim    Log Masuk
Hakcipta Terpelihara © 2014 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: +609-766 8000 | Faksimili: +609-766 8071 | Emel: admin[@]lktn.gov.my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
Tarikh Kemaskini:
24/05/2017