Laman Web Rasmi LKTN
Carian Laman Web Rasmi LKTN
Pautan Rasmi

gov.pnggov.pngkppk.png
mpob.pnglgm.png mtib.png
koko.png mpb.pngmtcc.png
mfpc.pngmrepc.pngmpoc.png
mtc.pngiim.pngmyideas.png
 msc.png 

Tarikh Kemaskini : 24 April 2014
Text Size
+ A | - a | Reset
Kaunter
Halaman ini hari ini ...
Jumlah: 7
unik: 1

Halaman ini selama ini ...
Jumlah: 145762
unik: 27229

Keseluruhan ...
Jumlah: 608685
unik: 169324

Soalan Lazim - Kenaf



S1Apa itu tanaman kenaf ?
 J1Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan di China, Myanmar, dan Indonesia
  
S2Bagaimanakah tanaman kenaf diperkenalkan di Malaysia?
 J2Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kenaf di Malaysia yang telah bermula pada tahun 2000 oleh MARDI, LGM, MPOB dan UPM. 
Penanaman kenaf mula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai tanaman pengenalan (familiarisation crop).  Verifikasi tanaman telah dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu di atas tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) yang sebelum ini diusahakan dengan tanaman tembakau. Tanaman kenaf dikembangkan ke seluruh Malaysia pada tahun 2010.
  
S3Di manakah tanaman kenaf diusahakan ?
J3Tanaman kenaf bagi pengeluaran serat (fiber) dan empulur (core) mula diusahakan secara besar-besaran di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Manakala tanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih dilaksanakan di negeri Kedah dan Perlis.
  
S4Apakah syarat-syarat minimum bagi penanaman kenaf?
J4i. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
ii. Ada atau dapat menyediakan kawasan tanaman dan berdaftar dengan LKTN
  
S5Bagaimana keadaan tanah yang sesuai untuk tanaman kenaf?
J5 Permukaan tanah yang rata dan tahap pH tanah yang optimum adalah 5.5 hingga 6.5.
  
S6Apakah jenis varieti tanaman kenaf yang digunakan di Malaysia? 
J6i.   V36
ii.   KB6
iii.  FH992 
  
S7Berapa lamakah hasil tanaman kenaf boleh dituai? 
J7Purata anggaran hasil sehekta bagi batang kenaf ialah 5 hingga 10 tan. Manakala anggaran hasil bagi biji benih ialah 300 hingga 350kg. 
  
S8Siapakah yang akan membeli hasil kenaf daripada pekebun kecil? 
J8LKTN menguruskan semua aktiviti berkaitan jual beli hasil kenaf daripada pekebun kecil. Oleh itu, jaminan belian hasil kenaf telah disediakan oleh LKTN.
  
S9Berapakah pendapatan yang diperolehi daripada penanaman kenaf ini? 
J9Pendapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada jumlah hasil sehektar tanaman kenaf yang mampu mencapai RM5,000 sehektar semusim.
  
S10Apakah produk yang boleh dihasilkan dari kenaf? 
J10(a) Produk yang dihasilkan dari serat kenaf
i.    Penghasilan Komponen automotif seperti bumper,insulator dan dashboard.
ii.   Tekstil
iii.   Non-wooven
iv.   Tali
v.    Barangan Kraf

(b) Produk yang dihasilkan dari empulur kenaf
i.    Pulpa dan Kertas
ii.   Perabot
iii.  Bahan binaan komposit seperti panel, siling dan papan serpai 
  
S11Saya berminat menanam kenaf, apakah yang perlu saya lakukan? 
J11Anda perlu menghubungi atau pergi ke pejabat kawasan dan negeri yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai LKTN. Pemeriksaan kawasan tanaman akan dilakukan oleh pegawai LKTN terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesesuaian kawasan tanaman. Sekiranya kawasan tersebut sesuai untuk diusahakan dengan tanaman kenaf, anda perlu berdaftar sebagai penanam dengan LKTN untuk mendapatkan insentif. 
  
S12 Apakah insentif yang diberi oleh LKTN? 
J12LKTN akan memberi insentif kepada pekebun kecil dalam bentuk input pertanian seperti biji benih, baja dan kimia pertanian dan dalam bentuk perkhidmatan mekanisasi bagi kerja-kerja penyediaan tanah dan penanaman yang bernilai RM2,385 sehektar. Setiap penanam yang berdaftar layak untuk menerima insentif untuk tanaman seluas 2 hektar semusim.  
  

Tarikh Dikemaskini : 10 September 2013

Kembali ke >>> Soalan Lazim


Hakcipta © 2011 - 2012 LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA
Best viewed : 1280x800 | Firefox 3.6/Google Chrome/Safari/Flock/IE 8
LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA, Kubang Kerian 16150 Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA.
Telefon : 609 - 766 8000 | 609 - 766 8008
Faks : 609 - 766 8071
Emel : admin@lktn.gov.my

Hubungi Kami: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara