Sunday 14 August 2022

Language Options:

alternate textalternate textalternate textalternate text
    FAQ | Contact Us | Feedback | Sitemap

19hb Jun l  Keratong, Pahang

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan kerjasama Institute of Malaysian Plantation and Commodities (IMPAC), Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan Kursus Teknologi Pemanduan Jentera Ladang (Traktor dan Jengkaut) pada 13 - 17 Jun 2022 bertempat di PLASMA Keratong, Rompin, Pahang.

Kursus ini dianjurkan bagi memberi kefahaman kaedah pemanduan jentera ladang yang selamat di jalan raya dan di ladang serta kaedah pengendalian peralatan tambahan pada jentera dengan bilangan peserta seramai 30 orang yang terdiri daripada pengusaha kenaf.

Objektif utama kursus ini ialah melahirkan pekebun kecil/ pengusaha kenaf yang mampu mengurus serta mengendali sendiri jentera ladang dan secara langsung mengurangkan kos operasi ladang.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya menghadiri kursus tersebut dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Ayuh Teruskan semangat untuk memacu kemajuan industi kenaf negara.