Sunday 18 August 2019

Language Options:

alternate textalternate textalternate textalternate text
    FAQ | Contact Us | Feedback | Sitemap

Pendaftaran dan Pelesenan
PENDAFTARAN DAN PELESENAN

Menguruskan pendaftaran pengusaha kenaf dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pendaftaran; dan

Memastikan kelulusan permohonan Permit Import Tembakau dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Insentif dan Pengembangan
INSENTIF DAN PENGEMBANGAN

Menguruskan penyaluran bantuan insentif tanaman kenaf kepada pengusaha kenaf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan; dan

Mengadakan program khidmat nasihat atau pengembangan untuk satu kawasan kumpulan sasar sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.

Perkhidmatan Mekanisasi Ladang
PERKHIDMATAN MEKANISASI LADANG

Menguruskan tempahan perkhidmatan mekanisasi ladang dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan permohonan;

Tindakan pembaikian kerosakan jentera dan mesin dilakukan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan laporan kerosakan; dan

Tuntutan bayaran perkhidmatan mekanisasi ladang dimajukan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari dari tarikh akhir perkhidmatan.

Pemasaran, Promosi dan Penglibatan (Engagement)
PEMASARAN, PROMOSI DAN PENGLIBATAN (ENGAGEMENT)

Menguruskan tuntutan bayaran hasil kenaf kepada pengusaha kenaf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap di Bahagian Pemasaran;

Memproses permohonan pembelian kenaf daripada pengilang kenaf atau individu dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan; dan

Mengadakan satu sesi penglibatan (engagement) bersama industri sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.

Pengurusan Perolehan
PENGURUSAN PEROLEHAN

Perolehan secara pembelian terus diurus dalam tempoh 14 hari bekerja;

Perolehan secara sebutharga diurus dalam tempoh 45 hari bekerja; dan

Perolehan secara tender diurus dalam tempoh 70 hari bekerja.

Pembayaran Bil
PEMBAYARAN BIL

Memastikan pembayaran tuntutan bil dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap dengan dokumen sokongan berkaitan.

Penerbitan Helaian Fakta dan Buku Perangkaan
PENERBITAN HELAIAN FAKTA DAN BUKU PERANGKAAN

Menerbitkan Helaian Fakta sebelum 15 haribulan setiap bulan; dan

Menerbitkan Buku Perangkaan pada bulan Mei setiap tahun.

Portal Rasmi LKTN
PORTAL RASMI LKTN

Mengemaskini dan memuat naik maklumat dan aktiviti terkini ke portal rasmi dalam tempoh 2 hari bekerja.

Pertanyaan, Aduan dan Cadangan Pelanggan
PERTANYAAN, ADUAN DAN CADANGAN PELANGGAN

Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja;

Menyediakan maklum balas awal dalam tempoh 5 hari bekerja; dan

Penyelesaian dalam tempoh 14 hari bekerja.