Saturday 26 November 2022

Language Options:

alternate textalternate textalternate textalternate text
    FAQ | Contact Us | Feedback | Sitemap
  1. Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT) bertujuan membantu meringankan kesusahan/bebanan dan lain-lain kepada ahli dalam hal-hal kebajikan, terutama bagi mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, sakit, kematian dan hilang pendapatan kerana kerosakan tanaman akibat bencana alam.
  1. Objektif TKIKT diwujudkan adalah untuk: -

    • Memberi sumbangan kepada isteri/suami/anak yang meninggal dunia;
    • Memberi sumbangan kepada ahli yang ditimpa kemalangan/sakit yang mendapat rawatan perubatan dan wad;
    • Memberi sumbangan kepada anak-anak ahli yang mendapat tawaran belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma / A Level  / Asasi / Matrikulasi / International Baccalaureate (IB) / STPM / STAM atau Sijil (Kemahiran / Politeknik / Vokasional);
    • Memberi bantuan kepada ahli yang ditimpa musibah bencana alam; atau
    • Bantuan-bantuan lain yang difikirkan sesuai dan dapat membantu ahli.
  1. Kelayakan bagi menyertai TKIKT ini ialah:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Telah mencapai umur 18 tahun;
    3. Berdaftar dengan LKTN sebagai penanam kenaf atau tembakau atau berdaftar sebagai peserta bagi projek-projek di bawah LKTN;
    4. Berdaftar sebagai pekerja di pusat proses kenaf atau tembakau;
    5. Membuat caruman RM10.00 setahun bagi memastikan layak menerima faedah TKIKT. Tempoh sah caruman daripada 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
  1. Tempoh pendaftaran keahlian dibuka dari 1 Januari hingga 31 DIsember setiap tahun.
  1. Sumbangan dan bantuan kebajikan ahli adalah seperti berikut: -
BIL
PERKARA
 SUMBANGAN DAN BANTUAN
1.
Kematian
i.  RM1,000.00 (Ahli sahaja)
ii.  RM1,000.00 (Suami atau isteri)
iii. RM1,000.00 (Anak)
bagi satu-satu tahun semasa.
2. Manfaat Perubatan

Kemasukan Wad :

i. Hari Pertama RM50.00.
ii.Hari Kedua dan berikutnya RM30.00 atau maksima bagi ahli RM1,000.00 dan maksima RM500.00 bagi keluarga ahli bagi satu-satu tahun semasa.

Pesakit Luar :

i. Perbelanjaan sebenar rawatan atau maksima RM1,000.00 bagi ahli dan maksima RM500.00 bagi keluarga ahli di hospital kerajaan.
3. Bantuan Pendidikan Tinggi
i. Ijazah Sarjana Muda : RM1,000.00
ii. Diploma / A Level / Asasi / Matrikulasi / International Baccalaureate (IB) / STPM / STAM: RM800.00
iii. Sijil (Kemahiran / Politeknik / Vokasional) : RM500.00 

Kadar sumbangan atau bantuan kepada sesuatu permohonan itu bergantung kepada kedudukan kewangan TKIKT dan keputusan Jawatankuasa TKIKT dari semasa ke semasa.

  1. Tempoh tuntutan permohonan oleh ahli atau keluarga ahli TKIKT adalah seperti berikut: -

    1. Tuntutan ihsan malapetaka, kemalangan dan lain-lain kesulitan hidup dalam tempoh 30 hari;
    2. Kerosakan tanaman dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada kelulusan khas daripada Jawatankuasa TKIKT.
  1. Muat turun borang penyertaan dan lain-lain borang di pautan berikut:
BIL
PERKARA
 
1.
Peraturan-Peraturan TKIKT
2. Borang Penyertaan TKIKT Muat Turun
3. Borang Caruman Muat Turun
4. Borang Laporan dan Tuntutan TKIKT Muat Turun
5. Borang Permohonan Bantuan Pendahuluan Pengajian Tinggi Muat Turun