Isnin 26 September 2022

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 
PEKAN | 11 OGOS 2022
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara hari ini telah menerima Lawatan Kerja Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) ke Kawasan Penanaman Kenaf Merchong, Pekan, Pahang.
 
Lawatan kerja YB Menteri dimulakan dengan lawatan ke Tapak Tanaman Kenaf Pekebun Kecil dimana telah dijalankan demonstrasi pemprosesan batang kenaf dan demonstrasi bio-retting. YB Menteri seterusnya diberi penerangan mengenai teknologi mesin mencuci fiber serta penerangan berkenaan Gred dan Standard Kenaf. Lawatan kerja YB Menteri diakhiri dengan sesi pameran produk-produk bio-komposit kenaf.
 
Kawasan penanaman kenaf di Merchong merupakan kawasan utama penanaman kenaf di Negeri Pahang. Keluasan tanaman Negeri Pahang bagi tahun 2021 adalah 649 hektar melibatkan 511 penanam dan merupakan pengeluar utama bahan mentah kenaf di Malaysia.
 
Teruskan menyokong industri kenaf negara 🌱