Isnin 26 September 2022

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 
KOTA BHARU | 7 OGOS 2022
 
Hari ini telah berlangsung Majlis Kibar Jalur Gemilang LKTN Tahun 2022 di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN).
 
Majlis dimulakan dengan perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara disaksikan oleh Tuan Haji Idris Mohd Salleh, Ketua Pengarah serta warga kerja LKTN. Acara berikutnya ialah sesi memasang bendera Malaysia di kenderaan-kenderaan LKTN sebagai simbolik kibaran bendera sempena Hari Kebangsaan tahun ini.
 
Majlis ini merupakan kesinambungan kepada pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2022 oleh YAM Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob bersama tema hari kebangsaan tahun ini, "Keluarga Malaysia Teguh Bersama". Turut hadir di majlis hari ini ialah YBhg Encik Mohd Zanuri Abdullah, wakil Ahli Lembaga Pengarah LKTN.
 
Semoga semangat kebangsaan warga LKTN akan terus mekar di dalam jiwa. Merdeka! Merdeka! Merdeka!