Jumaat 24 Januari 2020

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan perantaraan kepada pegawai untuk mengendalikan isu pekerja dan memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, Rakan Pembimbing juga bermatlamat menjadi penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam mengurus Sumber Manusia.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAB.


Pada tahun 1999, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam. Melalui pekeliling ini setiap kementerian dan jabatan diharapkan dapat menubuhkan Unit Perkhidmatan Kaunseling secara formal dan terancang. Sementara Pegawai Kaunseling yang dilantik terdiri daripada pegawai-pegawai sedia ada dan mereka perlu diberi latihan kemahiran asas kaunseling. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber manusia Sektor Awam secara khusus telah memasukkan elemant perlaksanaan AKRAB di Agensi Awam. Bagi memenuhi keperluan ini, Bahagian Perkhidmatan Psikologi telah menyediakan 2 tahap modul Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) untuk digunakan oleh kementerian dan jabatan dalam melatih ahli yang bakal dilantik sebagai AKRAB. Setiap modul dilaksanakan selama 3 hari. Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan dan pemahaman berhubung fungsi dan peranan kaunseling kepada pegawai dalam perkhidmatan awam.

Pegawai-pegawai yang telah tamat melalui dua tahap kursus peningkatan kemahiran kaunseling tersebut layak di tauliah oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dengan nombor pendaftaran AKRAB serta boleh berfungsi sebagai rakan pembimbing kepada agensi dimana mereka bertugas.


VISI

Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan  
Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. 

 

MISI

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi; 
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan; 
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan 
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB  
 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi diri dan kecemerlangan kerjaya. 

 

MOTO

"AKRAB Cemerlang, Perkhidmatan Awam Terbilang"


  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling;
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik;
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan; dan
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

  • Amanah dan menyimpan rahsia;
  • Menerima dan menghormati orang lain;
  • Memahami batasan dan keupayaan diri;
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek;
  • Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain;
  • Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi; dan
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.