Selasa 16 Julai 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Selamat melayari laman web rasmi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kementerian Industri Utama.

Laman web ini merupakan salah satu saluran untuk memberi maklumat mengenai perancangan, pendekatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh LKTN kepada semua pelawat.  Dengan adanya laman web rasmi ini, orang ramai dapat berhubung dan  mengenali LKTN dengan lebih dekat.

Perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di LKTN seperti insentif penanaman, pendaftaran penanam, Institut Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (ILKT), Galeri Inovasi Kenaf (GIK), Kenafmall dan lain-lain dapat memberikan informasi yang lebih jelas melalui laman web ini.

Warga kerja LKTN akan sentiasa bersedia dengan perkembangan teknologi dan media sosial yang begitu pesat, keperluan dalam kesegeraan maklumat serta arah aliran penyampaian maklumat masa nyata atau ‘real-time’ perlu di titik beratkan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Medan ini juga turut menyediakan pautan ke laman web agensi-agensi utama Kerajaan yang berkaitan dan laman media sosial rasmi LKTN.

Budaya kerja warga LKTN yang sentiasa berikhtiar dan berinovasi akan membolehkan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelanggan kami dan seterusnya memberi satu wadah kepada mereka untuk menilai serta memberikan maklum balas secara terus terhadap prestasi penyampaian perkhidmatan LKTN.

Insya Allah, dengan komitmen dan kerjasama semua warga kerja LKTN, saya yakin LKTN mampu mengharungi cabaran semasa dalam menyebar luaskan “Industri Kenaf” kepada masyarakat tidak kira bandar dan luar bandar. Melalui platform ini juga,saya berharap imej serta persepsi masyarakat awam kepada LKTN akan lebih positif di masa-masa akan datang. 

Saya berharap para pengunjung akan selalu melayari laman web LKTN ini untuk mendapatkan informasi yang terkini. Pandangan dan cadangan yang konstruktif adalah amat dialu-alukan bagi memantapkan LKTN serta laman web ini. Semoga semua pengunjung memanfaatkan sepenuhnya portal ini.

Sekian, salam interaktif daripada warga LKTN.

Terima kasih,

SAMSUDIN BIN HAJI NOOR

Ketua Pengarah

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara