Isnin 22 Julai 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

OBJEKTIF 

  • Untuk menggalak dan membangunkan industri kenaf;

  • Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;

  • Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaras semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau;dan

  • Untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan tembakau

      

FUNGSI

 

  • Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju industri kenaf;

  • Merancang, mengendalikan, menggalakkan, menyelaraskan, melaksanakan dan memantau semua aktiviti penyelidikan dan  pembangunan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, penggunaan dan pemasaran kenaf dan keluaran kenaf;

  • Untuk mendaftarkan, menyelaraskan dan menggalakkan semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan kenaf dan keluaran kenaf, termasuk untuk mengawal selia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu kenaf boleh dijual selain untuk eksport;

  • Untuk melaksanakan dasar bagi mengawal selia industri tembakau;

  • Untuk merancang, mengendalikan, menyelaraskan, melaksanakan dan memantau semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, penggunaan dan pemasaran tembakau dan keluaran tembakau;

  • Untuk mengawal selia, mendaftarkan dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan tembakau dan keluaran tembakau, termasuk untuk mengawal selia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu tembakau boleh dijual selain untuk eksport;

  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam apa-apa bidang lain yang hasil penyelidikan dan pembangunan itu bertujuan untuk mencapai objektif Lembaga;

  • Untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkahlangkah ke arah mencapai suatu kualiti yang tinggi bagi kenaf, keluaran kenaf atau tembakau;  

  • Untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri kenaf dan industri tembakau;

  • Untuk menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah bagi mencegah berlakunya dan merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf dan tembakau;

  • Untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan yang berkaitan kepada industri kenaf dan industri tembakau;

  • Untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod mengenai semua perkara yang berkaitan yang berhubungan dengan industri kenaf dan industri tembakau; 

  • Untuk menjadi pusat sumber dan maklumat mengenai industri kenaf dan industri tembakau; 

  • Untuk menyiarkan atau menaja penyiaran jurnal, penerbitan berkala, buku kecil dan penerbitan lain dan untuk mengumpulkan, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan kenaf dan tembakau dan aktiviti ekonomi yang lain; 

  • Untuk melibatkan diri dalam perdagangan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; 

  • Untuk menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah-langkah bagi membangunkan aktiviti ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau; 

  • Untuk berhubung dan menyelaras dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan lain dalam menjalankan apaapa aktiviti yang berhubungan dengan industri kenaf atau industri tembakau yang disifatkannya perlu termasuk menjadi anggota persatuan di dalam atau di luar Malaysia demi kepentingan industri kenaf dan industri tembakau; dan

  • Untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.