Ahad 22 September 2019

Pilihan Bahasa:

alternate textalternate textalternate textalternate text
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Maklumbalas | Peta Laman 

1. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara melaksanakan Pendaftaran Pekebun Kecil dan Penanam Komersial bagi menjalankan fungsi di bawah peruntukkan  Seksyen 4(c) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 iaitu mendaftarkan semua aktiviti yang berhubung dengan penanam kenaf.

2. Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat di semua pejabat LKTN Kawasan/Negeri yang terdekat dengan mengisi Borang LKTN/PPK1 dan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan semasa pendaftaran iaitu:-
a. Salinan Kad Pengenalan,
b. Salinan Buku Akaun Bank (bagi tujuan pembayaran hasil)
c. Salinan Geran Tanah/perjanjian sewa atau pajakan
d. Gambar pemohon berukuran pasport
e. Maklumat kawasan tanaman dan keluasan yang lengkap

3. Pengguna juga boleh memuat turun borang pendaftaran dan mengemukakan borang tersebut berserta dokumen sokongan kepada Pejabat LKTN yang terdekat bagi tujuan semakan dan pengesahan.br /

4. Syarat-syarat Kelulusan Pendaftaran Pekebun Kecil dan Penanam Komersial adalah seperti berikut:-
a. Mempunyai tanah yang bersesuaian
b. Kategori penanam ditentukan berdasarkan kepada keluasan tanaman adalah seperti berikut:

 JENIS   TANAMAN KENAF FIBER    TANAMAN KENAF BENIH
 PEKEBUN KECIL   ≤ 2 Hektar  ≤ 2 Hektar
PENANAM KOMERSIAL ≥ 2.1 Hektar ≥ 2.1 Hektar

c. Mematuhi SOP Jadual serta Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) yang ditetapkan oleh LKTN.
d. Mematuhi jumlah tanaman/keluasan tanaman seperti yang diluluskan sahaja.
e. Menggunakan baja, racun, benih dan input pertanian yang disyorkan dan diluluskan oleh LKTN sahaja.