- Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT) bertujuan membantu meringankan kesusahan/bebanan dan lain-lain kepada ahli dalam hal-hal kebajikan, terutama bagi mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, sakit, kematian dan hilang pendapatan kerana kerosakan tanaman akibat bencana alam.
-
Objektif TKIKT diwujudkan adalah untuk: -
- Memberi sumbangan kepada isteri/suami/anak yang meninggal dunia;
- Memberi sumbangan kepada ahli yang ditimpa kemalangan/sakit yang mendapat rawatan perubatan dan wad;
- Memberi sumbangan kepada anak-anak ahli yang mendapat tawaran belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma / A Level / Asasi / Matrikulasi / International Baccalaureate (IB) / STPM / STAM atau Sijil (Kemahiran / Politeknik / Vokasional);
- Memberi bantuan kepada ahli yang ditimpa musibah bencana alam; atau
- Bantuan-bantuan lain yang difikirkan sesuai dan dapat membantu ahli.
-
Kelayakan bagi menyertai TKIKT ini ialah:
- Warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur 18 tahun;
- Berdaftar dengan LKTN sebagai penanam kenaf atau tembakau atau berdaftar sebagai peserta bagi projek-projek di bawah LKTN;
- Berdaftar sebagai pekerja di pusat proses kenaf atau tembakau;
- Membuat caruman RM10.00 setahun bagi memastikan layak menerima faedah TKIKT. Tempoh sah caruman daripada 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
- Tempoh pendaftaran keahlian dibuka dari 1 Januari hingga 31 DIsember setiap tahun.
- Sumbangan dan bantuan kebajikan ahli adalah seperti berikut: -
BIL
|
PERKARA
|
SUMBANGAN DAN BANTUAN |
1.
|
Kematian |
i. RM1,000.00 (Ahli sahaja)
ii. RM1,000.00 (Suami atau isteri)
iii. RM1,000.00 (Anak)
bagi satu-satu tahun semasa.
|
2. | Manfaat Perubatan |
Kemasukan Wad : i. Hari Pertama RM50.00.
ii.Hari Kedua dan berikutnya RM30.00 atau maksima bagi ahli RM1,000.00 dan maksima RM500.00 bagi keluarga ahli bagi satu-satu tahun semasa.
Pesakit Luar : i. Perbelanjaan sebenar rawatan atau maksima RM1,000.00 bagi ahli dan maksima RM500.00 bagi keluarga ahli di hospital kerajaan.
|
3. | Bantuan Pendidikan Tinggi |
i. Ijazah Sarjana Muda : RM1,000.00
ii. Diploma / A Level / Asasi / Matrikulasi / International Baccalaureate (IB) / STPM / STAM: RM800.00
iii. Sijil (Kemahiran / Politeknik / Vokasional) : RM500.00
|
Kadar sumbangan atau bantuan kepada sesuatu permohonan itu bergantung kepada kedudukan kewangan TKIKT dan keputusan Jawatankuasa TKIKT dari semasa ke semasa.
- Tempoh tuntutan permohonan oleh ahli atau keluarga ahli TKIKT adalah seperti berikut: -
- Tuntutan ihsan malapetaka, kemalangan dan lain-lain kesulitan hidup dalam tempoh 30 hari;
- Kerosakan tanaman dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada kelulusan khas daripada Jawatankuasa TKIKT.
- Muat turun borang penyertaan dan lain-lain borang di pautan berikut:
BIL
|
PERKARA
|
|
1.
|
Peraturan-Peraturan TKIKT | |
2. | Borang Penyertaan TKIKT | Muat Turun |
3. | Borang Caruman | Muat Turun |
4. | Borang Laporan dan Tuntutan TKIKT | Muat Turun |
5. | Borang Permohonan Bantuan Pendahuluan Pengajian Tinggi | Muat Turun |