MAJLIS PENYERAHAN SAGU HATI PASCA BANJIR KEPADA KAKITANGAN LKTN

30 DISEMBER 2024 | KUBANG KERIAN
 
Hari ini telah dijalankan Majlis Penyerahan Sagu Hati Pasca Banjir kepada kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bertempat di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kelantan.
YBhg. Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) telah menyempurnakan majlis penyerahan disaksikan oleh YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) dan 60 kakitangan yang hadir.
 
Sehubungan itu, LKTN telah mengambil inisiatif iaitu memberi sagu hati berbentuk bakul makanan kepada kakitangan yang terjejas dan mengalami kerugian akibat bencana banjir ini.
 
Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang menghadapi musibah ini.