MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

27 JANUARI 2025 | KUBANG KERIAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

Hari ini telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bertempat di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kelantan.

Majlis dimulakan dengan sesi Bacaan Yassin dan Tahlil bersama YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) dan seluruh kakitangan yang hadir. Tuan Ketua Pengarah seterusnya menyempurnakan Sesi Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat dan Pengesahan dalam Perkhidmatan diiringi oleh En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi). Sebanyak 18 orang kakitangan telah menerima penyampaian tersebut.

Majlis diakhiri dengan sesi Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh YBrs. Puan Haslinda Hassan (Penolong Pengarah Kanan, Unit Kaunseling Keluarga dan Intervensi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Semoga Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan pada hari ini terus memacu semangat kerjasama antara warga LKTN seterusnya menyediakan perkhidmatan terbaik dalam industri kenaf dan penguatkuasaan tembakau negara