LAWATAN DARIPADA UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM KE PPK TANJUNG PUTUS, KUANTAN

11 FEBRUARI 2025 | KUANTAN
 
Sekitar lawatan daripada Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam ke Pusat Pemprosesan Kenaf (PPK) Tanjung Putus, Panching Timur, Kuantan.
Lawatan oleh UiTM diwakili oleh 4 pensyarah dan 6 pelajar diketuai oleh Dr. Emida Mohamed (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kesihatan). Lawatan ini diadakan bagi mengambil sampel daun dan akar kenaf bagi tujuan penyelidikan.
LKTN telah diwakili oleh En. Wan Saifuldin Wan Jusoh (Pengurus PPK Tanjung Putus) bagi memberi taklimat serta penerangan kepada pihak UiTM berkaitan proses penanaman dan pemprosesan yang berlaku di PPK Tanjung Putus.