PENETAPAN INDIKATOR PENCAPAIAN UTAMA LKTN ADALAH BERDASARKAN KEPADA DASAR AGRIKOMODITI NEGARA 2030 DAN PELAN STRATEGIK LKTN 2025

14-16 JANUARI 2024 | KUALA TERENGGANU

Sekitar Program Penetapan Indikator Pencapaian Utama dan Perancangan Pelaksanaan Projek Pembangunan LKTN Tahun 2024 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bertempat di RAIA Hotel and Convention Center Kuala Terengganu, Terengganu. Asas kepada penetapan indikator pencapaian utama LKTN adalah berdasarkan kepada Dasar Agrikomoditi Negara 2030 dan Pelan Strategik LKTN 2025.

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs Tn. Hj. Wan Baharuddin Bin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN). Turut hadir Ts Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan), En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Operasi) dan warga kerja LKTN yang telah bertungkus lumus mengeluarkan pandangan dan idea.