PENGUJIAN BOT GENTIAN KENAF OLEH SYARIKAT KENAF TECH MASTER RESOURCES (KTMR)

14 FEBRUARI 2024 | MUAR

Pengujian bot gentian kenaf telah diadakan di Jeti Sungai Balang, Muar, Johor. Bot gentian kenaf ini adalah hasil inovasi fiber thin board (fiber-gelcoat matrix) yang dihasilkan oleh Syarikat Kenaf Tech Master Resources (KTMR).

Turut hadir YBrs. Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKTN) dan Ts. Mohd Za’im Mohd Nor (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan).