19-20 FEB 2024 | SETIU
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan Kursus Pengurusan Pemprosesan Fiber Premium di Fikri Wetland Gusthouse & Resort, Setiu, Terengganu. Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pengurusan pemprosesan fiber premium bagi memastikan pengeluaran fiber berkualiti tinggi menepati standard piawaian yang memenuhi permintaan pasaran.
Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan telah disertai oleh 47 orang peserta yang merupakan kakitangan LKTN. Turut hadir Ts. Mohd Za’im Mohd Nor, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.
Pada hari pertama, terdapat 4 pembentangan telah dijalankan iaitu Pengurusan Aktiviti Penuaian Dan Lepas Tuai Tanaman, Pengurusan Pusat Pemprosesan Fiber Bioretting, Jentera Dan Peralatan Mekanisasi, Lepas Tuai Dan Pemprosesan Batang Hijau, serta Teknologi Pemprosesan Degumming.
Pada hari kedua, kursus ini telah diteruskan di PPK Saujana melibatkan sesi demonstrasi dan amali mengenai kaedah pemprosesan fiber premium secara bio-retting dan degumming yang diketuai oleh En. Ahmad Firdaus dan dibantu oleh fasilatator jemputan, En. Ibrahim Majid dan En. Mohamad Azizi Mohamad Pakharuddin.
Semoga kursus selama 2 hari ini memberi manfaat kepada kakitangan LKTN dalam menjadikan LKTN sebuah agensi yang dinamik dan progresif pada masa kini dan terus cemerlang pada masa hadapan terutamanya dalam penghasilan fiber premium.