28 FEBRUARI 2024 | KOTA BHARU
HARI KETIGA LAWATAN DAN LAB JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI KE LKTN
Sekitar hari ketiga Program Lawatan dan Lab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang diadakan di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN).
Pada hari ini telah dijalankan Pembentangan Pelan Strategik LKTN dan Pembentangan Cadangan Pengukuhan Perjawatan LKTN, Sesi Taklimat oleh Pegawai JPA dan Bengkel Pengukuhan Perjawatan LKTN bertempat di Bilik Kenaf, Ibu Pejabat LKTN.
LKTN yang diketuai oleh YBrs. Tuan Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) bersama ahli pengurusan LKTN telah menghadiri program ini. Turut hadir adalah YBrs. En. Mohammad Rafie Abdul Majid (Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA) dan YBrs. Pn. Hanim Abdollah (Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KPK).
Terima kasih diucapkan kepada Delegasi JPA dan KPK kerana sudi menghadiri program lawatan kali ini. Teruskan menyokong industri kenaf dan kawal selia tembakau negara 