12 JUN – 13 JUN 2024
Unit Latihan, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Kerajaan Siri 2 yang bertarikh 12 hingga 13 Jun 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat LKTN.
Kursus ini melibatkan seramai 27 orang peserta dari Wilayah Timur, Wilayah Utara, Wilayah Selatan dan Wilayah Tengah.
Objektif Kursus ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan kefahaman berkenaan arahan pengurusan aset kerajaan yang terkini bagi memastikan tatakelola pengurusan aset dapat dilaksanakan dengan betul.
Antara modul kursus bagi sesi akhir adalah Pengemaskinian Rekod Penempatan Aset dalam Sistem MyAsset. Semoga peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam berdasarkan modul kursus yang dipelajari.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kursus Pengurusan Aset Kerajaan tahun 2024.