MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN) DENGAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM)

10 JUN 2024 | KOTA BHARU

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah diadakan di Ibu Pejabat LKTN, Kota Bharu, Kelantan.

YBhg. Datuk Haji Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) dan YBhg. Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib Ali (Pengerusi LPNM) hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU antara LKTN dan LPNM yang diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) dan YBrs. Tuan Mohd Khairuzamri M. Salleh (Ketua Pengarah LPNM).

Turut hadir ialah YBrs. Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN), YBrs. En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi LKTN) dan YBrs. En. Elmie Adha Ismail (Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi LPNM).

Tujuan utama MoU ini adalah untuk membentuk suatu susunan bekerja kooperatif antara LKTN dan LPNM, di mana LKTN dan LPNM akan berusaha untuk memperkuat, dan memperkembangkan usaha sama penyelidikan dan pembangunan fiber nanas bagi penghasilan produk yang boleh dikomersialkan.

Semoga dengan kerjasama ini, diharap fiber semulajadi dapat dikembangkan terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan fiber nanas serta penghasilan produk nilai tambah berasaskan nanas yang mampu berdaya saing selari dengan Dasar Agrikomoditi Negara.