LAWATAN DARIPADA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU KE PUSAT INDUSTRI KENAF SAUJANA

26 JUN 2024 | SETIU

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN Terengganu) telah menerima lawatan daripada pelajar Subjek Tanaman Perladangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Pusat Industri Kenaf Saujana, Setiu, Terengganu. LKTN Terengganu diwakili oleh (En. Muhamad Amirullah Nablan, Pengarah LKTN Terengganu).

Taklimat semasa kunjungan di Pusat Industri Kenaf Saujana ini telah disampaikan oleh En Mohd Shamru bin Hamzah, Pegawai Kawasan LKTN Setiu dan En Nazrul Hisham Bin Mohamed, Pengurus PIK Saujana.

Lawatan ini melibatkan 30 orang pelajar Subjek Tanaman Perladangan UMT dan 2 orang pensyarah UMT. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar berkaitan pembangunan industri kenaf di Malaysia.

Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke ladang kenaf di Kg Guntong, Setiu bagi melihat sendiri tanaman kenaf yang diusahakan oleh pekebun kecil.

Sesi kunjungan diteruskan dengan lawatan ke Pusat Pemprosesan Fiber Premium Saujana dan Kilang NonWoven Thermobonding Saujana untuk mengenali proses pembuatan produk nonwoven yang dihasilkan oleh pihak Eadeco Nonwoven Sdn Bhd.