PROGRAM OUTREACH BUDI AGRIKOMODITI BERSAMA KUMPULAN SASAR INDUSTRI KENAF, PASIR AKAR, BESUT

3 JULAI 2024 | BESUT
 
LKTN Besut telah melaksanakan Program Outreach Budi Agrikomoditi bersama kumpulan sasar yang terlibat dalam industri kenaf di Terengganu yang bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDI) Pasir Akar Besut. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Budi Agrikomoditi dan membantu pendaftaran kumpulan sasar. Program ini telah melibatkan 28 orang kumpulan sasar di sekitar Daerah Besut.
 
Teruskan menyokong industri kenaf Negara 🇲🇾