5 OGOS 2024 | KOTA BHARU
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (TAHUN 2023) LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN)
YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2023) Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) bertempat di Dewan Jubli Perak, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bersempena lawatan rasmi beliau ke Ibu Pejabat LKTN pada petang ini.
Lawatan ini akan berlangsung selama dua (2) hari bermula di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Pusat Pemprosesan Dan Pengeluaran Produk Kenaf di Saujana, Setiu, Terengganu dan Bachok (Kawasan Penanaman dan Pemprosesan Tembakau).
Bersempena majlis pada petang ini, LKTN juga turut mengadakan beberapa penyampaian di samping Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC bagi tahun 2023, iaitu Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang SPC 2023, dan Penyampaian Penghargaan Kepada Pesara-Pesara LKTN Tahun 2024.
Seramai 45 orang warga kerja LKTN telah terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini, terdiri daripada 26 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 13 orang penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC) berdasarkan kepada prestasi kerja pada tahun 2023. Sementara 6 pegawai lagi, adalah penerima Sijil Penghargaan Bakal Pesara.
Sekalung tahniah kami ucapkan kepada semua yang telah dipilih untuk anugerah APC dan SPC. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pesara-pesara LKTN. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya menjadi suri teladan kepada semua warga LKTN dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang.