PROGRAM BANTUAN SUBSIDI MADANI (BUDI MADANI) KATEGORI BUDI AGRI-KOMODITI, GUA MUSANG, KELANTAN

15 OGOS 2024 | GUA MUSANG
Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) Kategori BUDI Agri-Komoditi
Program ini dilaksanakan di Dewan Serbaguna Agropolitan, Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan. Penyasaran subsidi diesel ini adalah kepada pekebun kecil Sektor Agrikomoditi yang terdiri daripada pekebun kecil Sektor Sawit, Getah, Koko, Lada dan Kenaf di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan agensi-agensi di bawah KPK.
 
Pelaksanaan ini adalah sejajar dengan teras keterangkuman Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030) yang menekankan usaha memperluaskan keterangkuman dan mengimbangi agihan kekayaan secara saksama.
 
Terdapat tiga kategori BUDI MADANI iaitu BUDI Individu bagi pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu, BUDI Agri-Komoditi bagi golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dan MySubsidi Diesel bagi kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih.
Pekebun kecil yang hadir dalam program turun padang pada hari ini yang masih belum membuat permohonan BUDI Agri-Komoditi telah bertemu mata dengan pegawai-pegawai KPK atau agensi untuk membuat permohonan tersebut.
 
Majlis pada hari ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi. Turut hadir bagi program turun padang hari ini adalah pengerusi-pengerusi dan ketua-ketua pengarah agensi di bawah KPK.
 
Semoga program turun padang pada hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sedikit sebanyak membantu warga dan masyarakat Nenggiri serta kawasan sekitarnya selain daripada memberi peluang kepada kami dan Pegawai KPK/ Agensi mengenali serta mendekati pekebun-pekebun kecil Sektor Agrikomoditi di sini.