4 SEPTEMBER 2024 | KUBANG KERIAN
Lembaga kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) melalui Unit Undang-Undang LKTN telah mengadakan Kursus Asas Pendakwaan kepada Pegawai Pendakwa dan Pegawai Diberi Kuasa LKTN pada 2 hingga 4 September 2024 bertempat di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kepada proses dan tatacara pendakwaan yang berkesan semasa prosiding di mahkamah. Turut hadir adalah YBrs. En. Muhammad Zuhdi Mustaffa, Pengarah Pemasaran menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Operasi LKTN.
Kursus ini merupakan kursus kerjasama strategik di antara LKTN dengan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan dihadiri oleh Pegawai Pendakwa dan Pegawai Diberi Kuasa dari LKTN seluruh negara. Pelaksanaan kursus berbentuk taklimat, perbincangan kumpulan dan latih amal yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak ILKAP yang berkemahiran dan profesional dalam bidang pendakwaan.