PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SARAWAKKU SAYANG

27-29 SEPTEMBER 2024 | MIRI, SARAWAK
 
PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SARAWAKKU SAYANG
 
Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang telah berlangsung pada 27 hingga 29 September 2024 di Perkarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) telah hadir dan menyempurnakan majlis perasmian program ini disaksikan oleh kira-kira 100,000 pengunjung yang hadir.
 
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) turut menyertai Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang sebagai pempamer di Reruai B-10. Turut berkesempatan melawat pameran ialah YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof (Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air).
 
Pelbagai aktiviti diadakan di reruai KPK dan agensi seperti Pameran, Kuiz, Kaunter Khidmat Nasihat dan Promosi Program Latihan. LKTN mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Miri kerana sudi singgah di reruai kami.
 
Orang Sarawak nang steady!