18-20 OKTOBER 2024 | KOTA KINABALU
PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SAYANGI SABAH
Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah telah berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2024 di Perkarangan Kompleks Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) telah hadir dan menyempurnakan majlis perasmian program.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) turut menyertai Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah sebagai pempamer. Turut berkesempatan melawat pameran ialah YB Datuk Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi).
Pelbagai aktiviti menarik serta pameran interaktif telah diadakan di reruai KPK dan LKTN. Terima kasih diucapkan kepada warga Kota Kinabalu kerana sudi singgah dan memeriahkan reruai kami 

Orang Sabah mantap bah!