BENGKEL FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN RUMINAN BERASASKAN KENAF SIRI 2

28-29 OKTOBER 2024 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS) UPM SERDANG, SELANGOR

BENGKEL FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN RUMINAN BERASASKAN KENAF SIRI 2/2024

Unit Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Bengkel Formulasi dan Pembuatan Makanan Ruminan Berasaskan Kenaf Siri 2/2024 bertempat di Bilik Seminar, Putra Science Park, UPM Serdang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penghasilan makanan ternakan berasaskan kenaf yang mampu menjana pendapatan ekonomi.

Seramai 30 orang peserta terlibat yang terdiri daripada kakitangan LKTN dan penanam kenaf yang berpotensi tinggi dari seluruh negara.

Antara modul yang dipelajari adalah seperti Pengenalan Makanan Ternakan dan Haiwan Ternakan, Keperluan Harian Ternakan, Faktor Formulasi Makanan dan lain-lain modul yang berkaitan. Peserta juga didedahkan dengan praktikal pembuatan silaj bagi meningkatkan kemahiran secara profesional dalam menghasilkan silaj kenaf.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghadiri serta menjayakan bengkel ini. Semoga dapat memberi inovasi baharu dalam menerokai sumber alam.