BENGKEL FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN RUMINAN BERASASKAN KENAF SIRI 3/2024

24-25 Februari 2025 (Isnin-Selasa) | ITAFoS, UPM, Serdang

BENGKEL FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN RUMINAN BERASASKAN KENAF SIRI 3/2024

Unit Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Bengkel Formulasi dan Pembuatan Makanan Ruminan Berasaskan Kenaf Siri 3/2024 bertempat di Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) UPM Serdang, Selangor.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penghasilan makanan ternakan berasaskan kenaf yang mampu menjana pendapatan ekonomi semasa.

Antara modul yang dipelajari adalah Pengenalan Makanan Ternakan dan Haiwan Ternakan, Keperluan Harian Ternakan, Aspek Utama Makanan Ternakan, Kandungan Makanan, Faktor Formulasi Makanan, Peringkat Pengurusan Makanan, Pemberian Makanan Ternakan, Contoh Pengiraan Pemberian Makanan, Amali Pengiraan dan peserta juga didedahkan ilmu berkenaan pembuatan silaj secara praktikal yang dapat membantu meningkatkan kemahiran secara mendalam berdasarkan formulasi yang dipelajari.

Seramai 39 orang peserta terlibat secara langsung dari pelbagai negeri termasuk kakitangan LKTN dan penanam kenaf yang berpotensi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.