Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) melalui Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Gerak Kerja Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau 2024 bertempat di Institut Latihan Kenaf dan Tembakau (INSKET), Pasir Puteh, Kelantan.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 55 orang kakitangan LKTN yang tediri daripada Pegawai Diberi Kuasa(PDK) dan pegawai terimaan hasil di setiap pejabat LKTN seluruh negara. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkasakan dan memantapkan gerak kerja aktiviti pelesenan dan pemahaman berkaitan garis panduan pelesenan dan penguatkuasaan mengikut agenda kawal selia secara holistik.
Antara sesi pembentangan yang dijalankan ialah Taklimat Sasaran Kawal Selia Tembakau 2024, SOP Pelesenan LKTN, Taklimat Perkompaunan di bawah Peraturan Kompaun LKTN, Garis Panduan Permohonan Lesen 1-5 dan Tatacara Terimaan Hasil, serta SOP Pendaftaran Penanam Tembakau dan Permohonan Permit Mengangkut Tembakau.
Turut hadir di bengkel ini adalah En. Eizwan Muzani Bin Adzmi (Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan LKTN).
Semoga bengkel ini terus meningkatkan prestasi dan memastikan kelancaran aktiviti kawal selia tembakau negara 🇲🇾
#LKTN
#kawalseliaindustritembakau
#kenafmelestarikankehidupan
#MalaysiaMadani