27-29 DISEMBER 2023 | ALOR SETAR
Sekitar Bengkel Penyediaan Garis Panduan Smart Enforcement Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) yang telah diadakan pada 27 – 29 Disember 2023 bertempat di Alor Setar, Kedah.
Penganjuran bengkel ini turut dihadiri oleh wakil dari agensi serta kementerian lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan(KPKT). Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan garis panduan pelaksanaan Penguatkuasaan Pelesenan Tembakau atau Keluaran Tembakau yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2024 serta bagi mewujudkan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman bersama agensi yang terlibat.
Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs Tn. Hj. Wan Baharuddin Bin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN). Turut hadir En. Muhammad Zuhdi Bin Mustaffa (Pengarah Pemasaran Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi LKTN), En. Eizwan Muzani Adzmi (Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasaan), serta pengarah wilayah dan pegawai negeri LKTN.