CERAMAH INTEGRITI: KESIHATAN MENTAL & PENGURUSAN EMOSI DI TEMPAT KERJA

28 JULAI 2024 | KOTA BHARU
 
CERAMAH INTEGRITI: KESIHATAN MENTAL & PENGURUSAN EMOSI DI TEMPAT KERJA
 
Ceramah integriti pada hari ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat LKTN bertajuk Kesihatan Mental & Pengurusan Emosi di Tempat Kerja.
 
LKTN amat berbesar hati menerima kehadiran penceramah jemputan pada hari ini iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Azhar Mohd Yasin yang kini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Psikiatri, di Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan sejak tahun 2018.
 
YBhg. Prof. Madya turut membentangkan dapatan mengenai kaji selidik gejala depresi kakitangan LKTN melalui ceramah yang beliau sampaikan. Beliau juga telah memberikan informasi-informasi dan taklimat yang begitu menarik dan berguna mengenai topik kesihatan mental di Malaysia.
 
Turut hadir bersama-sama di dalam program ini, YBrs. Tn. Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN), En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran, Menanggung Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan & Operasi), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Unit serta kakitangan LKTN yang hadir secara fizikal dan maya.