DANA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KENAF 

Dana R&D Kenaf adalah merupakan geran yang disediakan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi menjalankan projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D)  berasaskan kenaf yang boleh menyumbangkan kepada penemuan idea-idea baru dalam industri kenaf. Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kenaf ini terbuka kepada agensi penyelidikan, IPTA/IPTS, syarikat swasta dan agensi-agensi lain.

Objektif Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kenaf ialah :

  • Untuk menyokong penyelidikan berkaitan dengan kenaf selaras dengan Dasar Komoditi Negara bagi memacu pertumbuhan industri kenaf
  • Untuk menyokong penyelidikan bagi mempelbagaikan produk baharu atau inovasi produk berasaskan kenaf untuk pengkomersialan
  • Untuk menyokong penyelidikan bagi tujuan pembangunan teknologi dan penemuan baharu dalam penanaman, penuaian dan pemprosesan kenaf

Kriteria permohonan adalah warganegara Malaysia dan Bumiputera. Permohonan hendaklah dibuat secara manual dengan mengisi dan menghantar borang kepada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kenaf.

BIL PERKARA
a)
Borang Permohonan Dana R&D
b)
Format Pembentangan
c)
Carta Alir Permohonan Dana R&D
d)
Kriteria Penilaian Projek R&D&C&I

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kenaf di talian 09-766 8094 atau emel brd@lktn.gov.my.