DASAR KOMODITI NEGARA

  1. Industri perladangan dan komoditi negara adalah termasuk sawit, getah, kayu kayan, koko, lada dan kenaf. Struktur industri komoditi negara meliputi sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan tembakau telah mengalami perubahan daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah komoditi kepada pengeluar produk-produk hiliran bernilai tambah tinggi yang berorientasikan pasaran. Bagi memastikan industri komoditi negara terus berdaya saing dan berorientasikan pasaran, Dasar Komoditi Negara digubal dengan matlamat mentransformasikan negara sebagai hub komoditi dunia melalui pendekatan tujuh teras strategik merangkumi:

    • Pemerkasaan Industri;

    • Pemodenan Aktiviti Pengeluaran;

    • Penghasilan Pelbagai Produk Bernilai Tambah Tinggi Melalui Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan;

    • Penjanaan Sumber Pendapatan Baharu;

    • Pengukuhan Pasaran Sedia Ada dan Peluasan Pasaran Baharu;

    • Pengukuhan Keupayaan Pekebun Kecil dan Usahawan; dan

    • Pembangunan Modal Insan.

    Pelaksanaan Dasar Komoditi Negara (DKN) secara terangkum dan berimbang dengan komitmen semua penggiat industri akan menjamin industri komoditi negara terus kukuh serta berdaya saing dan ia akan menyumbang kepada pencapaian hasrat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Dasar Komoditi Negara (DKN)