27 FEBRUARI 2024 | TUMPAT DAN KOTA BHARU
HARI KEDUA LAWATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI KE LKTN
Pada hari kedua, delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dibawa melawat ke Pangkalan Marin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan bertujuan mengamati dan meninjau lokasi aktiviti kawal selia tembakau di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Program lawatan ini juga bagi mengenal pasti jeti-jeti haram dan laluan kemasukan tembakau tidak sah di pesisir Sungai Golok dengan menaiki Bot Penumpas Kastam.
Delegasi seterusnya dibawa melawat ke syarikat-syarikat yang telah dilesenkan bagi aktiviti pengedaran tembakau dan keluaran tembakau iaitu Syarikat Mahabbah Energy Resources Sdn Bhd di Kg. Pengu Berangan, Tumpat, Syarikat JT International Sdn Bhd dan Syarikat SL Ng Distributor Sdn Bhd di Tunjung, Kota Bharu.
Lawatan diteruskan ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan untuk melawat stor rampasan, kaunter pelesenan dan kaunter bergerak bagi mendapatkan penerangan mengenai proses pengurusan barang rampasan serta gambaran aktiviti permohonan lesen melalui kaunter oleh LKTN. Delegasi mengakhiri program lawatan hari kedua ke Galeri Kenaf yang merupakan pusat informasi kenaf di Ibu Pejabat LKTN.
Turut hadir adalah YBrs. Tuan Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN), YBrs. En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi LKTN), YBrs. En. Mohammad Rafie Abdul Majid (Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA) dan YBrs. Pn. Hanim Abdollah (Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KPK).